Sayang,
Sudah
lama mata ini menatap raut wajahmu. Sejak pertama kali kita bertemu. Biarpun terlukis
seribu garis duka, aku akan tetap setia menanti dirimu.
Sayang,
Usah
ditangisi apa yang telah berlaku kerana aku tidak mampu untuk menyapu tiap
titisan yang mengalir dan menutup helaian dukamu kerana tirainya sudah terkoyak
luas.
Namun,
untuk seketika, senyumlah kerana sejak dari mula, aku tidak pernah melihat ukiran
itu terukir diulas bibirmu biarpun ianya bersulamkan dusta.
Biarpun
tunak matamu sudah hilang dibalik cahaya, aku percaya sinar itu tetap akan bersinar
dan menerangi pada tiap langkah yang sedang engkau aturkan.
Tika itu, hanya satu
pintaku. Genggamlah jemariku dan melangkah seiringan denganku. Percayalah,
aku
tidak akan sesekali melukaimu kerana kala melihat engkau menangis, hati ini juga
rasa pilu yang
menghiris. Bagaimana mampu untuk aku terus membiarkan engkau bergelumang
dalam derita?
No comments:
Post a Comment