Bingung!
Seakan
rasa ini direntap tanpa belas. Menangislah walau hingga kering airmata, apa
yang sedang berlaku ini tidak mungkin akan kembali semula.
Maruah
yang tercalar ini tidak mampu untuk aku cantumkan lagi. Retak berderai. Bukan
lagi umpama kaca yang terhempas tapi bagaikan belati yang sedan menikam.
Membunuh jiwaku.
Rataplah.
Jeritlah. Yang sedang merasa setiap luka dan keperitan ini hanya aku.
Ungkapkanlah walau selautan madah untuk memujuk lara hati, tidak mungkin dapat
merawat apa yang sedang aku ratapi.
Yang
menemani aku kini hanya soalan demi soalan. Yang aku sedar tidak akan ada
jawapan. Apa dosaku? Mengapa aku yang terhukum begini? Mengapa aku yang harus
melalui semua ini? Mengapa aku??!!
Aku
masih lagi duduk membatu. Membeku tanpa suara. Semuanya seakan lenyap.
Dan
itulah yang aku mahukan. Biarkan segalanya musnah sepertimana diriku kini.
Namun,
akhirnya aku….
Tersedu.
Untuk sekian kali. Ku tahan agar esakan ini tidak kedengaran tapi luka ini terlalu
perit untuk aku.
Ya
Allah, kuatkah aku untuk meneruskan langkah? Berpijak dibumiMu ini dengan iman
yang semakin menipis. Tegakah aku untuk mengharungi segala-galanya sedangkan
tubuh ini semakin longlai dimamah derita?
“Salah
saya. Kalaulah saya tak tinggalkan dia sendirian, tentu perkara ni takkan
terjadi.” Esakan emak makin kuat.
Tidak
guna untuk mencari punca sedangkan semuanya sudah berlaku. Natijahnya, aku kini
mawar yang pudar warnanya.
Ya
Allah, dapatkah hati ini terus bertahan bersama deraian yang tidak henti
mengalir? Apakah kocakan air dimuara itu dapat ditenangkan sedangkan tasik hati
ini sudah keruh dilimpahi darah derita? Hati ditebak sengsara. Menikam tanpa
belas. Laranya semakin parah.
Kupujuk
hati, menjauhkan lara yang menghuni. Semua yang terjadi ini bersebab. Ya, tapi
mengapa terlalu berat untukku hinggakan untuk melangkah setapakpun, upayaku
sudah tiada. Yang tinggal kini hanyalah deraian airmata kerana tiap titisannya
menceritakan betapa hancurnya jiwaku.
“Sabar,
Zahra. Sabar ya nak.”
Tubuhku
yang makin lesu ini dipeluk erat. Entah dari siapa. Akalku sudah mati untuk
berfikir. Masih memikirkan nasib diri yang entah dimana penghujungnya.
“Zahra……”
kedengaran suara abah memanggil. Aku hanya memandang wajah abah yang juga basah
dengan airmata.
“Polis
datang. Nak jumpa Zahra.”
“Zahra
tak nak jumpa sesiapa.” Jawabku. Garau. Tegas.
Tidak!
Aku takkan berjumpa dengan sessiapapun. Aku tak mahu! Malu! Aku ini kotor. Mana
boleh jumpa orang dalam keadaan yang kotor.
“Tapi,
kita kena buat laporan, sayang.” Pujuk mak su. Keadaan dalam bilikku sudah
dipenuhi orang.
“Tak
mahu! Zahra tak mahu jumpa sesiapa! Keluar. Keluar semua! Zahra tak nak jumpa
sesiapapun. Zahra tak nak! Keluar!!”
Esakanku
makin nyata. Andai mampu aku luruhkan semua rasa sakit dan kecewa bersama
titisan ini, aku akan menangis hingga kering semuanya.
Tapi,
apa yang termampu oleh aku? Sudahlah badanku ini sakit kerana sudah
diperlakukan seperti haiwan, kini terpaksa pula berdepan dengan semua orang.
Memikul beban yang tak pernah aku fikir mahu memikulnya. Ya Allah, mengapa aku
yang terpilih?
No comments:
Post a Comment