Blog ini akan membicarakan tentang naskah saya dan juga manuskrip yang akan datang. Juga andai ada kesempatan saya akan meletakkan reviu naskah yang saya baca. Berbicara dalam kelembutan itu bagai air yang tenang sedang mengalir menuju muara
Wednesday, October 4, 2017
Tuesday, October 3, 2017
CAMAR - Prolog
Assalamualaikum....
Maaf...Maaf...Maaf...
Naj,
aku terpaksa. Aku tidak tahu sekuat mana lagi aku mampu bertahan. Aku tidak
tahu sehingga mana aku bisa bernafas.
Demi
Khayla, aku tahu engkaulah pelindungnya yang terbaik. Aku tahu engkau akan
lakukan apa saja demi dia.
Dan
aku mohon sekali lagi Naj, demi Allah, lindungilah anak kecil ini. Demi aku..
demi Khayla. Aku bergantung harap.
Hanya
Allah yang tahu betapa remuknya hati ini. Tapi, aku hanya mampu berharap.”
Terima
kasih Naj atas segalanya.
Khairani.
Hanya sekeping nota yang tertulis diatas kertas putih.
Hanya ini yang Ani tinggalkan untuk aku teruskan langkah ini.
Mengapa Ani? Mengapa terlalu awal untuk engkau mengalah?
Adakah kerana dirimu semakin lelah dengan apa yang sedang membebani?
Aku ada, Ani. Aku ada! Selagi aku bernafas, takkan aku
persiakan engkau sepertimana dia mempersiakan insan sebaik dirimu. Itu janji
aku.
Tapi mengapa akhirnya begini? Oh tuhan.
Ya Allah, andainya ini pengakhiran derita, relakan
perpisahan ini tanpa tangisan. Andainya ini yang mengukir bahagia, aku bermohon
agar dia sentiasa ada disisiMu kerana dia insan yang terlalu istimewa buatku.
Doaku tanpa putus.
Siapa aku untuk mempersoalkan takdir yang sudah tersurat
sejak azali. Dialah perencana terbaik walau hati ini sudah berderai terhempas.
Allah lebih menyayangimu, teman. Walaupun aku lebih
mendambakan kehadiranmu disisiku tapi kasih Allah melebihi segalanya.
Pergilah... Damailah engkau disana kerana kau sudah menoktahkan segala
kepahitan dunia. Tenanglah. Demimu, sahabat.. aku akan kuat untuk terus
mempertahankan apa yang engkau tinggalkan.
“Najlah....”
Aku hanya mampu memandang suara yang memanggilku dari belakang. Pandanganku sudah kabur dek airmata. Peti suaraku seakan sudah bisu untuk menyahut.
Ya, Allah sentiasa
ada...disini...Aku hanya mampu memandang suara yang memanggilku dari belakang. Pandanganku sudah kabur dek airmata. Peti suaraku seakan sudah bisu untuk menyahut.
-shahzyH-
Monday, October 2, 2017
Violet - 1
Bingung!
Seakan
rasa ini direntap tanpa belas. Menangislah walau hingga kering airmata, apa
yang sedang berlaku ini tidak mungkin akan kembali semula.
Maruah
yang tercalar ini tidak mampu untuk aku cantumkan lagi. Retak berderai. Bukan
lagi umpama kaca yang terhempas tapi bagaikan belati yang sedan menikam.
Membunuh jiwaku.
Rataplah.
Jeritlah. Yang sedang merasa setiap luka dan keperitan ini hanya aku.
Ungkapkanlah walau selautan madah untuk memujuk lara hati, tidak mungkin dapat
merawat apa yang sedang aku ratapi.
Yang
menemani aku kini hanya soalan demi soalan. Yang aku sedar tidak akan ada
jawapan. Apa dosaku? Mengapa aku yang terhukum begini? Mengapa aku yang harus
melalui semua ini? Mengapa aku??!!
Aku
masih lagi duduk membatu. Membeku tanpa suara. Semuanya seakan lenyap.
Dan
itulah yang aku mahukan. Biarkan segalanya musnah sepertimana diriku kini.
Namun,
akhirnya aku….
Tersedu.
Untuk sekian kali. Ku tahan agar esakan ini tidak kedengaran tapi luka ini terlalu
perit untuk aku.
Ya
Allah, kuatkah aku untuk meneruskan langkah? Berpijak dibumiMu ini dengan iman
yang semakin menipis. Tegakah aku untuk mengharungi segala-galanya sedangkan
tubuh ini semakin longlai dimamah derita?
“Salah
saya. Kalaulah saya tak tinggalkan dia sendirian, tentu perkara ni takkan
terjadi.” Esakan emak makin kuat.
Tidak
guna untuk mencari punca sedangkan semuanya sudah berlaku. Natijahnya, aku kini
mawar yang pudar warnanya.
Ya
Allah, dapatkah hati ini terus bertahan bersama deraian yang tidak henti
mengalir? Apakah kocakan air dimuara itu dapat ditenangkan sedangkan tasik hati
ini sudah keruh dilimpahi darah derita? Hati ditebak sengsara. Menikam tanpa
belas. Laranya semakin parah.
Kupujuk
hati, menjauhkan lara yang menghuni. Semua yang terjadi ini bersebab. Ya, tapi
mengapa terlalu berat untukku hinggakan untuk melangkah setapakpun, upayaku
sudah tiada. Yang tinggal kini hanyalah deraian airmata kerana tiap titisannya
menceritakan betapa hancurnya jiwaku.
“Sabar,
Zahra. Sabar ya nak.”
Tubuhku
yang makin lesu ini dipeluk erat. Entah dari siapa. Akalku sudah mati untuk
berfikir. Masih memikirkan nasib diri yang entah dimana penghujungnya.
“Zahra……”
kedengaran suara abah memanggil. Aku hanya memandang wajah abah yang juga basah
dengan airmata.
“Polis
datang. Nak jumpa Zahra.”
“Zahra
tak nak jumpa sesiapa.” Jawabku. Garau. Tegas.
Tidak!
Aku takkan berjumpa dengan sessiapapun. Aku tak mahu! Malu! Aku ini kotor. Mana
boleh jumpa orang dalam keadaan yang kotor.
“Tapi,
kita kena buat laporan, sayang.” Pujuk mak su. Keadaan dalam bilikku sudah
dipenuhi orang.
“Tak
mahu! Zahra tak mahu jumpa sesiapa! Keluar. Keluar semua! Zahra tak nak jumpa
sesiapapun. Zahra tak nak! Keluar!!”
Esakanku
makin nyata. Andai mampu aku luruhkan semua rasa sakit dan kecewa bersama
titisan ini, aku akan menangis hingga kering semuanya.
Tapi,
apa yang termampu oleh aku? Sudahlah badanku ini sakit kerana sudah
diperlakukan seperti haiwan, kini terpaksa pula berdepan dengan semua orang.
Memikul beban yang tak pernah aku fikir mahu memikulnya. Ya Allah, mengapa aku
yang terpilih?
Violet - Prolog
Sayang,
Sudah
lama mata ini menatap raut wajahmu. Sejak pertama kali kita bertemu. Biarpun terlukis
seribu garis duka, aku akan tetap setia menanti dirimu.
Sayang,
Usah
ditangisi apa yang telah berlaku kerana aku tidak mampu untuk menyapu tiap
titisan yang mengalir dan menutup helaian dukamu kerana tirainya sudah terkoyak
luas.
Namun,
untuk seketika, senyumlah kerana sejak dari mula, aku tidak pernah melihat ukiran
itu terukir diulas bibirmu biarpun ianya bersulamkan dusta.
Biarpun
tunak matamu sudah hilang dibalik cahaya, aku percaya sinar itu tetap akan bersinar
dan menerangi pada tiap langkah yang sedang engkau aturkan.
Tika itu, hanya satu
pintaku. Genggamlah jemariku dan melangkah seiringan denganku. Percayalah,
aku
tidak akan sesekali melukaimu kerana kala melihat engkau menangis, hati ini juga
rasa pilu yang
menghiris. Bagaimana mampu untuk aku terus membiarkan engkau bergelumang
dalam derita?
-shahzyH-
Sunyi....
Pelik... saat melangkah masuk ke ofis hari ni.. sunyi... tiba2 hati rasa sayu...
Ya, itulah realitinya.. pahit tapi siapa kita untuk melawan takdir... byk tempat yang kosong pagi ini.
selama lbh 9 tahun, team ini riuh rendah dengan hilai tawanya... tapi hari ini.. makin sepi...
Ya, itulah realitinya.. pahit tapi siapa kita untuk melawan takdir... byk tempat yang kosong pagi ini.
selama lbh 9 tahun, team ini riuh rendah dengan hilai tawanya... tapi hari ini.. makin sepi...
Aku?? masih menghitung hari... menanti saban detik saat untuk aku juga berundur... 😊
Subscribe to:
Comments (Atom)



