Blog ini akan membicarakan tentang naskah saya dan juga manuskrip yang akan datang. Juga andai ada kesempatan saya akan meletakkan reviu naskah yang saya baca. Berbicara dalam kelembutan itu bagai air yang tenang sedang mengalir menuju muara
Saturday, December 7, 2013
Warna Hati Nurul
Seperti penulis lain, setiap karyanya pasti mempunyai rasa yang berbeza. Ya. ketika melakarkan ketabahan Nurul Hasyifa, saya juga telah hanyut dalam bebanan perasaannya. Rasa sedih dan gembira sering bergelumang dalam diri seperti watak Nurul yang kerap kali turun naik.
Memulakan bait dengan kisah yang benar-benar terjadi. Saya tertanya pada diri, bagaimanakah keadaan saya seandainya saya juga kehilangan suami dihari pertama saya diijabkabulkan? apakah saya tabah ataupun semangat ini akan terkulai layu. atau apakah saya terus meratap pemergiannya bagaikan dunia ini juga akan berhenti berputar?
mencorakkan watak Nurul hasyifa, saya cuba menggambarkan perasaannya sebagai seorang yang kerap tenggelam timbul oleh perasaannya. saya tidak mahu menggambarkan dia sebagai seorang yang 'terlalu' sempurna walaupun sudah terdidik dengan agama dan kesantunan sejak kecil lagi, saya masih mahu dia nampak kosong pada sisi lain. Pada saya, sesempurna manapun seseorang itu, pasti ada ruang yang kosong dalam hidupnya kerana yang sempurna itu hanya milik Yang Khaliq.
masih berkisarkan hubungan antara suami dan isteri, saya lebih senang menggarapkan kisah sebegini. lantaran, dewasa ini ikatan perkahwinan ini sudah semakin longgar dan kerap penceraian berlaku, saya masih memandang sisi yang lain dalam mempertahankan ikatan anugerah Allah. Perpisahan bukanlah jalan terakhir untuk satu-satu keputusan dalam satu-satu ikatan. Ruang untuk bermusyawarah masih luas. yang sempit hanya akal kerana diselubungi rasa amarah yang sukar dikawal. Pada saya, selagi kita kembali pada diri, insya Allah, ruang itu sentiasa terbuka.
Saat hati terluka, menolehlah sekali kebelakang. lihatlah saat manis. Saya pasti, kalau tidak banyak pasti ada sedikit kemanisan selama hidup berdua. Pasti!
Semoga nukilan saya ini dapat dijadikan panduan. Ilmu itu dapat dipanjang dan dikongsikan. yang baik itu datangnya dari Allah juga. diri saya masih lagi banyak kepincangan yang perlukan teguran. Tegurlah saya. itu tanda anda sayang pada saya.
cinta bukan hanya perasaan tetapi pengorbanan.
Salam sayang,
Shahzy Hana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment